Menurut kamus dewan, masa didefinisikan sebagai waktu, ketika dan jangka masa. Masa berjalan tanpa menunggu kita. 'Masa itu emas' oleh itu kita perlu menggunakan masa sebaik yang mungkin. Masa merupakan sesuatu yang sangat berharga kerana ia tidak boleh diputar kembali. Jadi apa kata anda semua menghargai masa dan cuba menepati masa. Di sini saya ingin share cara-cara menguruskan masa.
1) Bahagikan masa
Setiap orang diberikan dengan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam. Apa yang membezakan setiap orang hanyalah bagaimana mereka membahagikan masa dengan sebaik mungkin.
2) Sediakan jadual
Pembahagian masa selalu dibuat tanpa bertulis. Untuk menjadikan pengurusan masa lebih kemas, sebaik-baiknya sediakan satu jadual ringkas dengan aktiviti yang perlu anda lakukan setiap hari.
Jadual ini lah yang akan menjadi kayu ukur bagaimana anda menguruskan masa anda. Jika anda dapat mengikuti jadual yang telah ditetapkan, anda sedang berada dalam haluan yang betul untuk pengurusan masa anda.
3) Senaraikan tugas
Sebelum ini anda telah sediakan jadual harian anda, kini anda perlu senaraikan tugas-tugas di dalam jadual yang anda telah sediakan. Senaraikan kerja-kerja yang perlu dilakukan seteliti yang mungkin, jadikan ia sebagai senarai semak untuk tugas yang anda perlu lakukan.
4) Tetapkan Jangka Masa
Berikan tempoh masa untuk setiap perkara yang anda lakukan. Ini lebih mudah dilakukan jika aktiviti anda tercatat pada jadual yang telah anda sediakan. Masa yang ditetapkan adalah bergantung kepada anda sendiri, walaubagaimanpun, anda masih fleksible untuk menukar jangka masa yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian.
5) Kurangkan pembaziran masa
Anda perlu audit masa yang anda gunakan setiap hari. Fikirkan ke mana masa hari hari lepas anda habiskan? Menonton televisyen? Bermain game? Mungkin masa-masa yang kurang berkualiti itu boleh ditukarkan kepada masa yang lebih berkualiti seperti menghabiskan masa bersama anak-anak.
6) Keperluan dan Kehendak
Sepertimana anda membuat bajet untuk perbelanjaan anda, anda juga perlu buat bajet untuk masa anda. Perkara pertama yang perlu anda tentukan adalah anda perlu memilih penggunaan masa untuk keperluan atau kehendak.
7) Multipurpose
Ada juga perkara-perkara yang boleh dilakukan dalam satu masa seperti memasak dan membasuh baju, menunggu kawan dan membaca, memandu dan mendengar ceramah ilmiah dan lain-lain lagi. Ada kalanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak, kita perlu lakukan beberapa perkara dalam satu masa.
8) Keutamaan
Setiap apa yang kita lakukan, kita perlu dahulukan perkara yang penting berbanding perkara yang kurang penting. Walaupun semua perkara yang penting tergolong dalam senarai keperluan, kita masih perlu memilih mana satu perkara yang perlu didahulukan dan mana satu perkara yang boleh dikemudiankan.
masa sangt penting bagi kita kan..
ReplyDelete