Thursday 19 October 2017

Cara-cara Memasak Spaghetti Sedap


       Image result for spaghetti oglio



RESEPI SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM



Bahan-Bahan:


200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
1 keping dada ayam, didadu* (kalau nak ubah seafood pun boleh)
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap dengan ayam)
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan

Chilli flakes
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara Memasaknya: 
1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna.
2. Masukkan spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley dan chilli flakes sebelum dihidangkan.

3. Jika terlalu pedas, tambahkan sedikit lemon, atau boleh gunakan air rebusan spaghetti tadi untuk nampak basah sikit.





Image result for cara memasak spaghetti bolognese



RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE


Bahan-Bahan:

300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Prego
Daging burger Ramly (lebih cepat masak)
1 labu bawang holand - didadu ( bawang besar biasa pon boleh )
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan)
3 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Bay leaves
3 sudu besar minyak zaitun
Grated Parmesan cheese untuk tabur

Cara-Cara Membuatnya: 
1. Panaskan minyak zaitun / minyak masak dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging burger yang dipotong dadu. Masak hingga daging empuk.
3. Masukkan sos spaghetti, sos cili dan bay leaves. 
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
5. Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan. Selamat mencuba..







Related image



RESEPI SPAGHETTI CARBONARA


Bahan-Bahan:

Spaghetti yang telah direbus 
2 sdk minyak zaiton 
200g sausage dihiris nipis 
3 biji cendawan butang dihiris nipis 
3 ulas bawang putih diketuk 
2 biji kuning telur 
1/2 cawan krim pekat atau susu cair pun boleh 
75 g keju pamesan yang parut 

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendawan butang kacau lebih kurang 5 minit sehingga sausage agak masak , angkat dan tos minyaknya 
2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. 
3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi. 
4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam




1 comment:

Makanan Tradisional Masyarakat Di Malaysia

Di Malaysia terdiri daripada  pelbagai jenis kaum dan pelbagai bangsa. Setiap kaum mempunyai makanan tradisi tersendiri. Marilah kita menge...