Thursday, 19 October 2017

Cara-cara Memasak Spaghetti Sedap


       Image result for spaghetti oglio



RESEPI SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM



Bahan-Bahan:


200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
1 keping dada ayam, didadu* (kalau nak ubah seafood pun boleh)
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap dengan ayam)
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan

Chilli flakes
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara Memasaknya: 
1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna.
2. Masukkan spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley dan chilli flakes sebelum dihidangkan.

3. Jika terlalu pedas, tambahkan sedikit lemon, atau boleh gunakan air rebusan spaghetti tadi untuk nampak basah sikit.





Image result for cara memasak spaghetti bolognese



RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE


Bahan-Bahan:

300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Prego
Daging burger Ramly (lebih cepat masak)
1 labu bawang holand - didadu ( bawang besar biasa pon boleh )
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan)
3 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Bay leaves
3 sudu besar minyak zaitun
Grated Parmesan cheese untuk tabur

Cara-Cara Membuatnya: 
1. Panaskan minyak zaitun / minyak masak dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging burger yang dipotong dadu. Masak hingga daging empuk.
3. Masukkan sos spaghetti, sos cili dan bay leaves. 
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
5. Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan. Selamat mencuba..







Related image



RESEPI SPAGHETTI CARBONARA


Bahan-Bahan:

Spaghetti yang telah direbus 
2 sdk minyak zaiton 
200g sausage dihiris nipis 
3 biji cendawan butang dihiris nipis 
3 ulas bawang putih diketuk 
2 biji kuning telur 
1/2 cawan krim pekat atau susu cair pun boleh 
75 g keju pamesan yang parut 

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendawan butang kacau lebih kurang 5 minit sehingga sausage agak masak , angkat dan tos minyaknya 
2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. 
3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi. 
4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam




Sunday, 15 October 2017

Amalan Pemakanan Yang Sihat Untuk Minda


Kesihatan merupakan anugerah yang dikurniakan kepada kita. Oleh itu, kita perlu menjaga kesihatan. Salah satu caranya ialah dengan menjaga pemakanan. Terdapat pelbagai jenis makanan di dunia ini dan kita harus pandai memilih untuk memastikan kesihatan kita terjaga. Pemakanan yang sihat juga adalah faktor minda yang cerdas. Benar lah slogan yang berbunyi 'badan sihat Jadi, mari kita terokai amalan pemakanan yang sihat. 


1) Kurma 
Image result for kurma


2) Kismis
Related image

3) Kekacang 

Image result for makanan sunnah

4) Buah-buahan

Image result for buah buahan


5) Susu

Image result for susu segar


6) Sayur-sayuran

Image result for sayur sayuran


7) Madu

Related image


8) Minyak zaitun

Related image



Selain mengamalkan makanan di atas, kita juga perlu mengambil makanan berdasarkan keperluan piramid makanan seperti berikut:

Related image

Cara-cara Menguruskan Masa

                              Image result for masa itu emas

Menurut kamus dewan, masa didefinisikan sebagai waktu, ketika dan jangka masa. Masa berjalan tanpa menunggu kita. 'Masa itu emas' oleh itu kita perlu menggunakan masa sebaik yang mungkin. Masa merupakan sesuatu yang sangat berharga kerana ia tidak boleh diputar kembali. Jadi apa kata anda semua menghargai masa dan cuba menepati masa. Di sini saya ingin share cara-cara menguruskan masa.

1) Bahagikan masa

Setiap orang diberikan dengan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam. Apa yang membezakan setiap orang hanyalah bagaimana mereka membahagikan masa dengan sebaik mungkin. 


2) Sediakan jadual

Pembahagian masa selalu dibuat tanpa bertulis. Untuk menjadikan pengurusan masa lebih kemas, sebaik-baiknya sediakan satu jadual ringkas dengan aktiviti yang perlu anda lakukan setiap hari. 

Jadual ini lah yang akan menjadi kayu ukur bagaimana anda menguruskan masa anda. Jika anda dapat mengikuti jadual yang telah ditetapkan, anda sedang berada dalam haluan yang betul untuk pengurusan masa anda.

3) Senaraikan tugas

Sebelum ini anda telah sediakan jadual harian anda, kini anda perlu senaraikan tugas-tugas di dalam jadual yang anda telah sediakan. Senaraikan kerja-kerja yang perlu dilakukan seteliti yang mungkin, jadikan ia sebagai senarai semak untuk tugas yang anda perlu lakukan.

4) Tetapkan Jangka Masa

Berikan tempoh masa untuk setiap perkara yang anda lakukan. Ini lebih mudah dilakukan jika aktiviti anda tercatat pada jadual yang telah anda sediakan. Masa yang ditetapkan adalah bergantung kepada anda sendiri, walaubagaimanpun, anda masih fleksible untuk menukar jangka masa yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian.


5) Kurangkan pembaziran masa

Anda perlu audit masa yang anda gunakan setiap hari. Fikirkan ke mana masa hari hari lepas anda habiskan? Menonton televisyen? Bermain game? Mungkin masa-masa yang kurang berkualiti itu boleh ditukarkan kepada masa yang lebih berkualiti seperti menghabiskan masa bersama anak-anak.


6) Keperluan dan Kehendak

Sepertimana anda membuat bajet untuk perbelanjaan anda, anda juga perlu buat bajet untuk masa anda. Perkara pertama yang perlu anda tentukan adalah anda perlu memilih penggunaan masa untuk keperluan atau kehendak. 


7) Multipurpose

Ada juga perkara-perkara yang boleh dilakukan dalam satu masa seperti memasak dan membasuh baju, menunggu kawan dan membaca, memandu dan mendengar ceramah ilmiah dan lain-lain lagi. Ada kalanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak, kita perlu lakukan beberapa perkara dalam satu masa. 


8) Keutamaan

Setiap apa yang kita lakukan, kita perlu dahulukan perkara yang penting berbanding perkara yang kurang penting. Walaupun semua perkara yang penting tergolong dalam senarai keperluan, kita masih perlu memilih mana satu perkara yang perlu didahulukan dan mana satu perkara yang boleh dikemudiankan.


24 Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


Assalamualaikum. Saya tau di sini dalam beberapa hari lagi nk PSPM mesti semua duk kaluit nk study itu ini sebab nk dapat result yang cemerlang kan? Okay di sini saya nk kongsi dengan korang semua ciri ciri pelajar cemerlang. Adakah korang tergolong dalam ciri ciri ni? HAHAHAHA tepuk dada tanya selera. Okay ini dia ciri cirinya:

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa dalam kuliah.
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan PSPM.
5. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
6. Menepati masa. Sebagai contoh, menghadiri ke kuliah tepat pada waktu. 
7. Mendapatkan bantuan pensyarah atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan pensyarah bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
8. Sentiasa menghormati pensyarah dan rakan rakan. 
9. Bersoal-jawab dengan pensyarah ataupun rakan rakan untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.
10. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
11. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam study group. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
12. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh pensyarah dalam tempoh yang ditetapkan oleh pensyarah. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka.
13. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
14. Menjadikan perpustakaan sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
15. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. 
16. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
17. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
18. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
19. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
20. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
21. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
22. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
23. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Allah. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
24. Berserah diri kepada Allah dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Makanan Tradisional Masyarakat Di Malaysia

Di Malaysia terdiri daripada  pelbagai jenis kaum dan pelbagai bangsa. Setiap kaum mempunyai makanan tradisi tersendiri. Marilah kita menge...